Friday, 8 January 2016

MAJLIS PENDAFTARAN PUTERI KOLEJ TUNKU KURSHIAH TINGKATAN SATU




MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU(FRESHIES 1620)
KOLEJ TUNKU KURSHIAH


Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 6 Januarai 2016, Kolej Tunku Kurshiah telah menerima kemasukan puteri puteri baru dari tingkatan satu. Majlis berjalan dengan lancar bermula pada jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Pihak kolej begitu mengalu-alukan kedatangan puteri-puteri yang sesungguhnya telah terpilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kolej di sini. Pihak kolej mengharapkan agar puteri puteri dapat menyesuaikan diri dan menyayangi institusi ini serta menaikkan nama kolej di persada antarabangsa.

Kehadiran puteri puteri seawal jam 8.30 pagi

Para ibu bapa menunggu sementara selesai urusan pendaftaran

Puteri-puteri Tingkatan 1 diiring oleh 'usher' tingkatan 2

Urusan pendaftaran di kelas

Urusan pendaftaran di kelas

Pembelian baju rasmi kolej di koperasi

Taklimat kepada para ibu bapa di dewan

Taklimat kepada para pelajar tingkatan 1

Majlis penyerahan College Sister 


No comments:

Post a Comment