COACHING OF COORDINATORS(COC)

Kolej Tunku Kurshiah telah menghantar empat orang pelajar mewakili setiap rumah bagi menyertai Kursus Coaching Of Coordinators Peringkat SBP 2015 pada 10 hingga 13 September 2015 di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB). Mereka ialah Farah Nadiah Abdul Halim (Selendang Delima) , Ameera Ilyana Noor Rahizam (Siti Zawiah) , Puteri Qistina Ab Ghaffar ( Tun Fatimah) dan Nur Faten Hamimah Norman (Mahsuri). Guru pengiring selaku fasilitator kursus ialah Cik Norshuhada Saidi

Objektif Kursus Coaching Of Coordinators ini adalah untuk memastikan 100% Jawatankuasa asrama berpengetahuan dan kemahiran pengurusan asrama yang efisien. Selain itu, kursus ini diadakan bagi membimbing kemahiran mengurus asrama pelajar secara praktikal. Menjadikan sistem pengurusan asrama SBP sebagai “showcase” kepada sistem pengurusan sekolah berasrama di Malaysia serta melatih warden muda untuk membantu dan melaksanakan pengurusan asrama juga merupakan antara objektif kursus ini dijalankan.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah, Lawatan Penanda Aras Ke Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah (SEMESTA) yang merupakan Johan Anugerah Asrama Terbilang pada tahun 2012 , Pengurusan Asrama, Pengurusan Dewan Makan, Pengurusan Majlis Makan Beradab, Skuad Denggi , Pengurusan Kerohanian serta Pengurusan Kokurikulum. Para peserta telah memperoleh banyak informasi tentang pengurusan asrama yang boleh diaplikasikan di sekolah masing-masing bagi mencapai Anugerah Platinum dalam Penilain Anugerah Asrama Terbilang. 


Para peserta daripada Kolej Tunku Kurshiah telah berjaya menghasilkan idea-idea baru bagi menaikkan nama Kolej Tunku Kurshiah dari segi pengurusan asrama hasil daripada Kursus Coaching Of Coordinators yang telah mereka sertai. Diharapkan melalui pendedahan ini dapat meningkatkan pencapaian Kolej Tunku Kurshiah dalam Anugerah Asrama Terbilang dan Anugerah Sistem Rumah Terbilang. 
























No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...