SISTEM RUMAH TKC


SISTEM RUMAH DI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

PENDAHULUAN

Sistem Rumah merupakan pendekatan yang diperkenalkan oleh Bahagian Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai langkah menghasilkan modal insan yang serba boleh bagi menyahut cabaran era globalisasi. Sistem ini telah lama diamalkan di Sekolah Berasrama Penuh (kumpulan premier), namun pada tahun 2004, sistem ini telah dilaksanakan sepenuhnya di semua Sekolah Berasrama Penuh. Ini merupakan langkah proaktif Sektor Sekolah Berasrama Penuh untuk mencapai misi dan matlamat SBP seterusnya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Justeru, Buku Panduan Sistem Rumah ini digubal sebagai garis panduan untuk menyeragamkan pelaksanaan Sistem Rumah di semua Sekolah Berasrama Penuh.

FALSAFAH

Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembang kebolehan murid-murid yang berpotensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara.


MISI

Sekolah Berasrama Penuh sebagai wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokrat dan profesional yang dapat memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara menjelang abad ke-21.

MATLAMAT

1. Mewujudkan peluang untuk murid-murid yang berpotensi terutamanya dari kawasan luar bandar bagi mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam iklim persekolahan yang kondusif

2. Memperbanyakkan murid bumiputera mendapat pendidikan berkualiti sebagai persediaan ke arah pendidikan tinggi untuk memenuhi keperluan negara

3. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kepemimpinan cemerlang melalui pendedahan hidup bermasyarakat sarwajagat

4. Melahirkan insan dan warganegara yang bertanggungjawab, berilmu, beriman dan beramal sesuai dengan nilai-nilai hidup masyarakat Malaysia

5. Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemampuan sahsiah yang mampu menghadapi alam remaja

6. Melahirkan kesedaran kepada seluruh warga SBP supaya dapat menghayati matlamat alam remaja

7. Mewujudkan warga SBP yang mengamalkan budaya penyayang

8. Melahirkan kejituan semangat patriotisme di kalangan murid SBP

9. Menghasilkan murid-murid yang dapat menguruskan kerja-kerja dengan cekap, pantas, tepat dan bijaksana

10. Menjayakan program pendidikan menengah yang berorientasikan sains bagi merealisasikan tuntutan Wawasan 2020

NILAI TERAS

• Berpegang teguh pada agama
• Berilmu
• Berfikir
• Rajin
• Berani
• Ikram
• Sentiasa mengejar kecemerlangan
• Berbakti

PENUTUP
Pengembelingan tenaga semua pihak amat diperlukan untuk memastikan Sistem Rumah berjaya direalisasikan di semua SBP. Dengan sokongan padu semua pihak pastinya Sistem Rumah akan dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menjadi satu saistem yang mantap. Adalah diharapkan Buku Panduan ini dapat menjadi rujukan kepada semua SBP bagi melahirkan warga sekolah yang berpotensi tinggi, memperkaya kemahiran kendiri dalam pelbagai bidang dan seterusnya mewujudkan budaya sekolah yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. .

Sistem  Rumah merupakan pelaksanaan penempatan murid di bawah satu bumbung (Rumah) dengan pendekatan vertikal berbanding dengan pendekatan horizontal di bilik darjah. Alternatif ini merupakan pendekatan ke arah memupuk semangat kesepaduan dan keharmonian dalam kalangan murid yang berasal dari latar belakang sosio-ekonomi, persekitaran dan budaya yang berbeza.

Justeru Sistem Rumah akan meningkatkan jalinan kerjasama dan pembangunan darjah emosi (EQ) untuk menghasilkan murid-murid yang mempunyai jati diri, berketerampilan dan mempunyai daya kepemimpinan yang tinggi, sebagai sumber tenaga cemerlang dan bijaksana kepada pembangunan masa depan negara.

Sistem Rumah ini juga berperanan sebagai perekayasa sosial (social reengineering) bagi melahirkan amalan budaya positif dalam kalangan murid untuk mencapai kecemerlangan modal insan seterusnya memupuk dan mengembangkan semangat kekitaan.

3.1 Matlamat Strategik

3.1.1 melahirkan sekolah yang unik dan istimewa ‘school with character’, (Sekolah Berwatak).

3.1.2 membentuk murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek,

3.1.3 memperkasa jati diri murid, berketrampilan, berkeyakinan, berdaya saing dan berdaya pimpin,

3.1.4 mewujudkan semangat pertandingan yang sihat dalam kalangan murid ,

3.1.5 mewujudkan semangat kekeluargaan dan kekitaan ’sense of belonging’ dengan menanam perasaan “menyayangi yang muda, menghormati yang tua” di antara ahli Rumah.


3.2 Konsep Asas

3.2.1 Setiap sekolah mempunyai sekurang-kurangnya empat ( 4 ) buah Rumah tetapi tidak melebihi daripada enam ( 6 ) buah Rumah.

3.2.2 Rumah boleh dinamakan mengikut kesesuaian pihak sekolah, contohnya tokoh sejarah, ilmuan dan individu yang berjasa kepada negara (Sudah baiki ayat....)

3.2.3 Setiap murid dan guru mesti mempunyai Rumah kecuali Pengetua.

3.2.4 Pembahagian Rumah bagi murid dan guru kekal sepanjang persekolahan dan perkhidmatan di sekolah berkenaan.

3.2.5 Setiap Rumah dikehendaki mempunyai identiti sendiri meliputi warna, logo, motto, bendera, lagu Rumah dan lagu sorak.

3.2.6 Setiap Rumah mempunyai struktur organisasi seperti yang telah ditetapkan.

3.2.7 Ketua Rumah yang dilantik mestilah seorang Pengawas.

3.2.8 Penempatan murid di kelas tidak semestinya mengikut Rumah.

3.3 Elemen

Sistem Rumah mempunyai elemen tersendiri yang sewajarnya dijadikan garis panduan kepada semua Sekolah Berasrama Penuh. Elemen-elemen tersebut berdasarkan :

3.3.1 Penempatan
a. Penempatan murid di asrama bermula semasa pendaftaran ke Tingkatan 1, 4 dan / atau Tingkatan 6 Bawah.
b. Pengagihan murid adalah berdasarkan analisis statistik strata
(stratified statistical analysis):
i. Status murid – biasa dan projek khas
ii. Anak-anak bekas murid (alumni)
iii. Adik beradik kembar
iv. Murid yang mempunyai kakak/abang yang sedang menuntut di sekolah yang sama.









BIL STATUS MURID PENEMPATAN RUMAH

1. Setiap murid dikategorikan mengikut :-
i. murid biasa
ii. projek khas Setiap Rumah hendaklah dianggotai secara seimbang berdasarkan status murid daripada setiap kategori
2. Anak-anak bekas murid Ditempatkan di Rumah yang sama seperti ayah atau ibunya
3. Adik beradik kembar Adik beradik kembar ditempatkan dalam Rumah yang sama
4. Murid yang mempunyai kakak/abang yang sedang menuntut di sekolah yang sama Ditempatkan di Rumah yang sama dengan kakak atau abangnya

c. Penempatan murid boleh dilaksanakan berdasarkan empat (4) model berikut:-

Model A : Tingkatan 1, 2, 3, 4 dan 5 di bawah
satu blok / aras / kamar
( 1+2+3+4+5 )

Model B : Tingkatan 1 berasingan
Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 di bawah satu blok / aras / kamar
(1) + (2+3+4+5)

Model C : Tingkatan 1, 2, 3, 4 di dalam satu
blok / aras / kamar
Tingkatan 5 berasingan
(1+2+3+4) + (5)

Model D : Tingkatan 1 berasingan
Tingkatan 2, 3, 4 di dalam satu
blok / aras / kamar
Tingkatan 5 berasingan
(1) + (2+3+4) + (5)

d. Penempatan Rumah adalah mengikut blok tetapi dalam keadaan prasarana terhad, penempatan Rumah dibenarkan mengikut aras dan kamar, di mana setiap aras atau kamar didiami oleh ahli Rumah yang sama.
e. Penempatan Warden juga adalah mengikut Rumah / blok. Warden berkenaan secara automatik bertanggungjawab sepenuhnya kepada ahli Rumah / blok yang didiaminya.






f. Kedudukan di dewan makan adalah berasaskan kepada setiap meja dianggotai oleh murid daripada pelbagai tingkatan dari Rumah yang sama

3.3.2 Penilaian

Penilaian Sistem Rumah mengambil kira pencapaian murid dalam akademik, kokurikulum, sahsiah dan 3K (Keselamatan, Keceriaan dan Kebersihan). Pencapaian cemerlang oleh ahli Rumah akan diberi pengiktirafan manakala pencapaian yang tidak sampai ke tahap yang ditetapkan akan dikenakan penalti. Sistem ini akan mewujudkan satu persaingan yang sihat dalam kalangan murid dengan menanamkan sifat ingin bertanding dan menyumbangkan sesuatu kejayaan bagi meningkatkan kecemerlangan Rumah.

3.3.3 Pengiktirafan

Majlis pengiktirafan Sistem Rumah hendaklah diadakan sekali atau dua kali setahun.

Kategori yang diberi pengiktirafan adalah seperti berikut ;
i. Rumah Terbaik Akademik
ii. Rumah Terbaik Kokurikulum
iii. Rumah Terbaik Sahsiah
iv. Rumah Terbaik 3K
v. Murid Terbaik Keseluruhan
vi. Rumah Terbaik Keseluruhan

Semua anugerah ini adalah berdasarkan pencapaian tertinggi pada tahun semasa dalam kategori yang berkaitan. Sekiranya berlaku persamaan markah untuk Anugerah Murid Terbaik Keseluruhan atau Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan, Pengetua mempunyai kata pemutus di mana pertimbangan utama adalah berasaskan markah akademik.



PANDUAN SISTEM PEMARKAHAN 



http://www.sbpexcellent.com/files/markah.pdf

No comments:

Post a Comment