Wednesday, 6 January 2016

SESSI TEMUDUGA KEMASUKAN PELAJAR TINGKATAN 1 KE KTK 2016



TARIKH : 25 NOVEMBER 2015
TEMPAT: DEWAN DAN BANGUNAN ASRAMA KTK
BILANGAN CALON: 113 CALON
MASA: 8.00 - 5.00 PETANG












PENERIMAAN PELAJAR BARU TING 1 SESSI 2016/2020





ATUR CARA MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU 
TINGKATAN 1 2016
Tarikh :   6 Januari 2016 (Rabu)

7.30 pagi
·       AJK Pendaftaran bersiap sedia.
·       Kadet Tingkatan 2 dan Pengawal Keselamatan mengawal lalu lintas dan tempat letak kereta.
·       Penyambut tetamu tingkatan 2 menyambut ibu bapa dan pelajar baharu, menyerahkan buku program dan bahan pendaftaran dan membawa ke tempat pendaftaran.

8.30 pagi
·       Pelajar Tingkatan 1 membuat urusan pendaftaran di kelas-kelas Tingkatan 1.
·       Ibu bapa berada di DEWAN BUDIMAN 
(
      9.30   Pagi  -Taklimat  Penggunaan  i-pad APPLE
10.00 Pagi - Taklimat Middle Years International Baccalaureate( MYPIB )
  
11.00pagi       
·       NYANYIAN NEGARAKU
·       BACAAN DOA
·       UCAPAN ALUAN  YANG DIPERTUA PIBG
·       UCAPAN ALUAN  YANG DIPERTUA OGA
·       TAKLIMAT PK KOKURIKULUM
·       TAKLIMAT PK HEM
·       TAKLIMAT PK AKADEMIK
·       UCAPAN ALUAN  PENGETUA
·       MAJLIS PENYERAHAN DAN PENERIMAAN PELAJAR
·       IKRAR PELAJAR
·       BERSURAI

Pengerusi majlis mengumumkan nama pelajar Tingkatan 1 2016  untuk memperkenalkan  dirI
dan berjumpa CS.

·       Pelajar  yang belum selesai membuat urusan pendaftaran boleh meneruskan di kaunter (kelas)
·       Pelajar ke asrama (disambut oleh Ketua Guru Rumah dan Ketua Rumah).
·       Ibu bapa boleh membuat urusan bayaran makan  asrama mengikut kelas (kaunter di dalam Dewan Budiman)


Selesai pendaftaran pelajar dibenarkan keluar ke bandar bersama dengan keluarga dan balik semula ke Kolej sebelum jam 5.00 petang.

Saturday, 2 January 2016

PERSATUAN ALUMNI KOLEJ TUNKU KURSHIAH ( OGA )



PERSATUAN ALUMNI  
Persatuan Alumi iaitu Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu/Kolej Tunku Kurshiah yang lebih dikenali  sebagai Persatuan Murid-Murid Tua MGC/KOLEJ TUNKU KURSHIAH (OGA) telah ditubuhkan pada penghujung tahun 1961. Penubuhannya telah diusahakan oleh Miss E.M.Pereira, Puan Hamizan A. Hamid pada masa itu. Persatuan ini telah didaftarkan pada 18 Januari 1962 dan jumlah ahli pada masa itu adalah seramai 150 orang. Persatuan ini ditubuhkan untuk mengeratkan perhubungan  antara warga Kolej, memberi bantuan kepada ahli dan Kolej serta  menjaga kepentingan Kolej Tunku Kurshiah. Pada 1 Mei setiap tahun ahli persatuan akan melawat kolej dan mengadakan aktiviti-aktiviti bersama para pelajar.


Bekas Yang Di Pertua Persatuan terdiri daripada:


Puan Abbasiah Amirin Willoughby

Dato Fauziah Bt Dato Ismail
Toh Puan Hamidah Abdul Hamid
Prof Dr Humairah Samad Cheung
Datin Mardiana Mohd Zain
Datuk Professor Dr Nik Safiah Bt Haji A Karim
Datin Siti Rohani Ismail
Puan Sri Wan Zakiah Bt Haji Wan Ibrahim
Puan Sri Datin Hajjah Zaidah Bt Dato Abu Bakar
Puan Sri Datin Seri Fauzah Mohd Darus



Jawatankuasa 2013-2015:

Yang DiPertua
Tan Sri Datuk (Dr) Rafiah Salim


Timbalan Yang DiPertua
Puan Mariam Tun Sulaiman


Naib Yang DiPertua
Dato Hafsah Hashim


Naib Yang DiPertua II
Datin Norhizan Ibrahim

Setiausaha
Dr Razimah Abu Zarim


Penolong Setiausaha
Puan Suhaireen Suhaiza Abdul Ghani


Bendahari
Puan Ida Tan Sri Borhan


Penolong Bendahari
Puan Intan Suri Abu


Ahli Jawatankuasa
Datuk Dr Mazlan Othman
Datin Rodziah Ahmad Tajuddin
Puan Fauziah Azni Abd Kadir
Dr Fairuz A’shikin Abd Kadir
Dr Haniza Omar

PIBG 2016

PIBG
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kolej Tunku Kurshiah telah ditubuh pada tahun 1973. Sepanjang penubuhan tersebut, telah banyak aktiviti yang dijalankan dalam usaha untuk membantu pihak Kolej bagi melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Antara aktiviti-aktiviti besar yang dijalankan oleh PIBG Kolej Tunku Kurshiah adalah seperti menganjurkan The Kurshiah Royal Concert, Makan Malam Perdana, Walkathon, Jogathon, Cleanathon, memberi wang saku, bantuan Hari Raya kepada pelajar Projek Khas,  membiayai Anugerah PIBG kepada guru dan Anggota Pelaksana Sekolah.
Berikut adalah Ahli Jawatankuasa PIBG tahun 2015 – 2016 :



NAMA
JAWATAN
Pn. Hamizan Binti A.Hamid
Penasihat
Yg. Bhg. Datuk Mohd Nasir Bin Ali
YDP PIBG
Puan Nor Azleen Binti Othman
NYDP PIBG
Puan Nur Haliza Binti Mansor
Setiausaha

Penolong Setiausaha
Puan Norainon Binti Mohd Isa
Bendahari
Encik Azrae B Mokhtar
Penolong Bendahari
Biro Akademik
Puan Shahrul Azhani Bt Mohd Romli
AJK Ibu Bapa
Puan Nor Azura Bt Noranas
AJK Guru
Biro 3K (Kebajikan, Keselamatan dan Kesihatan)
En.Roslan Bin Mohamed
AJK Ibu Bapa
Encik Wan Mohd Fazli B Wan Yusoff
AJK Guru
Biro Kokurikulum (Bukan Sukan)
Pn. Emelia Mahrahah
AJK Ibu Bapa
Cik Hazwin Bt Hamidon
AJK Guru
Biro Kokurikulum (Sukan)
Puan Suraya Bt Zainal
AJK Ibu Bapa
Cik Nor Shuhada Bt Nasir
AJK Guru
Biro Komunikasi dan Penerbitan
Puan Iza Dura Bt Abdul Manan
AJK Ibu Bapa
Biro Prasarana
Encik Azrin B Hassanuddin
AJK Ibu Bapa
Puan Hanis Bt Hassan
AJK Guru


YM Tunku Noraini Binti Tunku Yusof
Ex-Officio
Pn. Che Romas Binti Noor
Ex-Officio
En. Ahmad Bin Bidin
Ex-Officio
Prof. Dr Jafri Malin B Abdullah
Juruaudit

SEJARAH KOLEJ TUNKU KURSHIAH







SEJARAH SEKOLAH


Penubuhan Kolej Tunku Kurshiah (yang pada mulanya dikenali sebagai Maktab Perempuan Melayu) telah disyorkan oleh Yang Berbahagia Dato Sheikh Ahmad  Al-Haj bin Sheikh Mustapha, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Persekutuan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 13 Jun 1939. Pada suatu Mesyuarat Raja-Raja bagi Negeri-Negeri Bersekutu (Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) DYMM Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, D.M.N., D.K. (Brunei) K.C.M.G., juga telah mencadangkan supaya sebuah sekolah menengah Inggeris berasrama penuh untuk pelajar-pelajar perempuan Melayu ditubuhkan selaras dan setaraf dengan Maktab Melayu di Kuala Kangsar. Cadangan ini disokong oleh DYMM Sultan Perak, Paduka Sri Sultan Sir Abdul Aziz Al-Muktassim Billahi-Shah Almarhum Nikmatullah, ibni Almarhum Raja Muda Musa Al-Muktaram Shah, K.C.M.G., K.B.E., dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.


Tujuan asal menubuhkan Maktab Perempuan Melayu adalah untuk memberi pendidikan yang menyeluruh kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu di Negeri-Negeri Bersekutu sebagai melengkapkan mereka menjadi isteri kepada raja-raja dan pembesar-pembesar negeri pada masa hadapan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan sekolah itu dibina di Negeri Selangor. Pada mulanya maktab yang dicadangkan ini hanya untuk enam belas orang anak perempuan pembesar-pembesar Melayu dari empat buah negeri-negeri bersekutu sahaja. Bangunan Gracelyn di Batu 21/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur diubahsuai dan pembukaannya dirancang pada bulan Januari 1942.


Pada tahun 1941, apabila berlaku Perang Dunia kedua, segala usaha terpaksa ditunda sehingga tamat peperangan. Pihak kerajaan kemudian memutuskan untuk mengambil pelajar daripada semua negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) dengan memberi kelonggaran kepada tujuan asal penubuhan maktab. Sebuah bangunan lain iaitu asrama Maktab Teknik di Batu 2 ½ Jalan Damansara, Kuala Lumpur telah diubahsuai dan Maktab Perempuan Melayu dibuka kepada 40 orang penuntut pertama pada 16 haribulan Oktober 1947.


Pada bulan April 1962, seramai 150 orang pelajar Maktab Perempuan Melayu berhijrah ke bangunan kolej yang baharu di Bukit Merbah, Jalan Tunku Kurshiah, Seremban. Sekolah baharu ini dikenali dengan nama Kolej Tunku Kurshiah, menjunjung nama Y.M.M. Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Bilangan pelajar telah dipertingkatkan kepada 400 orang.


Dasar kemasukan pelajar melalui berbagai-bagai perubahan dan sebagai kemajuan pada tahun 1967, Kolej memulakan kelas Tingkatan 6 Sastera. Dua tahun kemudian status Kolej dipertingkatkan ke taraf sekolah menengah tingggi dan Kolej tidak lagi mengambil masuk pelajar ke Tingkatan 1, tetapi menumpukan perhatian kepada pengambilan masuk pelajar terus ke Tingkatan 4 dan 6 sahaja. Pada tahun 1972, Kolej kembali kepada dasar lama dan pelajar diterima masuk ke Tingkatan 1 dan pada tahun itu Kolej mempunyai kelas Tingkatan 1, 4, 5 dan 6 Sastera dan Sains. Kelas A-level yang menggantikan kelas Tingkatan 6 pada tahun 1986 hanya kekal hingga tahun 1988 apabila pelajar lepasan SPM mendapat tawaran ke kelas matrikulasi di universiti atau ke Tingkatan 6 di sekolah lain.


Kronologi Enrolmen
Pada 16 Oktober 1947, 41 orang pelajar perempuan diterima masuk ke  tingkatan 1 dan  3 berdasarkan keputusan “Entrance Examination.
     
1967 - Pengambilan pelajar ke Tingkatan Enam Sastera dimulakan

1969 - Pengambilan pelajar ke Tingkatan Enam Sains dimulakan
Pengambilan pelajar  tingkatan 1 dihentikan

1972 - Pengambilan pelajar ke Tingkatan 1

1986 -  Kursus A-Level  dimulakan

1988 - Kursus A-Level dihentikan,
       Tambahan 1 kelas Sains Sosial Tingkatan 4 dimulakan

1997 -  Kelas Sains Sosial Tingkatan 4 dihentikan

2013 -  Tambahan 1 kelas Tingkatan 1,
Tambahan 2 kelas Tingkatan 4

2014  - Tambahan 1 kelas Tingkatan 2

2015 - Tambahan 1 kelas Tingkatan 3


Kini pengambilan pelajar Tingkatan 1 berdasarkan pencapaian 5A dalam peperiksaan UPSR serta penampilan perwatakan, daya kepimpinan, penglibatan dalam ko-kurikulum serta aktiviti kemasyarakatan di luar sekolah.


Pada tahun 2013, Kolej Tunku Kurshiah berpindah ke Bandar Enstek. The International Baccalaureate Middle Years Programme (MYPIB) diperkenalkan dan Kolej Tunku Kurshiah telah diberi status sebagai Candidate School. The International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)  untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka bermula pada tahun 2016.


Di samping menjadi salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Tunku  Kurshiah telah diiktiraf sebagai Sekolah Bestari, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Berkecemerlangan Global dan Sekolah Amanah. Kolej Tunku Kurshiah juga telah terpilih sebagai sekolah yang menjalankan program TIMSS dan PISA.


8. LENCANA SEKOLAH



Lencana sekolah telah mula diguna pada tahun 1963.
Warna hijau yang menjadi latarbelakang lencana membawa maksud pelajar-pelajarnya semua beragama Islam dan sentiasa segar dan cergas.
Bendera Malaysia di bahagian atas bermaksud ia merangkumi negeri-negeri di Malaysia dan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar datang dari semua negeri di Malaysia  termasuk Sabah dan Sarawak.
Lambang buku membawa maksud buku sebagai gedung / sumber ilmu pengetahuan.
Di bahagian bawah pula ada cogankata yang tertera Rajin dan Usaha Tangga Kemajuan.

9.  LAGU KOLEJ


Gubahan Jimmy Boyle


Kolej Tunku Kurshiah,
Kolej ulung di negara Malaysia,
Kami pelajar bersumpah,
Akan teguh patuh memeliharanya
Kolej Tunku Kurshiah,
Kolej mulia berjasa,
Moga-moga tuhan memberi rahmatnya,
Sentosa Kolej Tunku Kurshiah.


MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...