Saturday 19 March 2016

INFO CUACA PANAS

JANGKAAN CUACA PANAS DAN KERING DI SELURUH NEGARA
Cuaca panas dan kering yang kini berlaku di Perlis dan Kedah akan turut dirasai seluruh Semenanjung sehingga penghujung Mac 2016. 

Keadaan yang sama dijangka berlaku di Sabah dan Bahagian Limbang dan Miri di Sarawak. Beberapa tempat di Utara Semenanjung telah mencatatkan suhu melebihi 37°C bagi tempoh 1 hingga 19 Mac 2016, iaitu:
1) Alor Setar, Kedah Bacaan suhu bagi tarikh 19 Mac 2016 di Alor Setar adalah 39.1°C, suhu tertinggi bagi tempoh 12 hari berturut-turut. 

2) Chuping, Perlis Bacaan suhu bagi 19 Mac 2016 di Chuping adalah 38.9°C, Sementara suhu tertinggi untuk tempoh 14 hari berturut-turut ialah 39°C dicatatkan pada 14 Mac 2016. 

3) Keningau, Sabah dan Batu Embun serta Temerloh, Pahang, bacaan suhu telah melebihi 35°C bagi tempoh melebihi 10 hari berturut-turut.

Keadaan ini disebabkan oleh kejadian fenomena El Nino kuat yang sedang berlaku dan dijangka akan berterusan sehingga suku pertama tahun 2016. Berdasarkan Garis Panduan Pelan Tindakan Menangani Gelombang Haba maka sesi persekolahan di Alor Setar dan Chuping boleh dicadangkan agar ditutup bermula pada Ahad, 20 Mac 2016. 
Namun pengumuman sama ada sekolah akan ditutup atau tidak akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan sepertimana yang diarahkan oleh YB. Datuk Seri Panglima Madius Tangau Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Unit Komunikasi Korporat.

TINJAUAN CUACA 20 SEHINGGA 26 MAC 2016
Sepanjang tempoh tinjauan, Negara kita ketika ini mengalami tempoh fasa akhir angin monsun timur laut. Negeri-negeri di Utara Semenanjung, Pantai Timur Semenanjung, beberapa tempat di Pantai Barat Semenanjung, Utara Sarawak, dan Negeri Sabah mengalami tempoh tiada hujan yang panjang dan keadaan ini juga ditambah dengan faktor El-Nino kuat yang memberi kesan cuaca yang panas dan kering. Selain itu juga, Hujan dan ribut petir masih boleh berlaku di satu dua tempat di bahagian tengah Semenanjung, Selatan Semenanjung dan Barat Sarawak sepanjang tempoh tinjauan.
KEADAAN CUACA PADA 20 MAC 2016
KEADAAN CUACA PAGI;
SEMENANJUNG;
Semua Tempat tiada hujan.
SABAH;
Semua Tempat tiada hujan.
SARAWAK;
Bintulu, Mukah Hujan di satu dua tempat di kawasan pantai.
Lain-lain tempat Tiada Hujan.
KEADAAN CUACA PETANG;
SEMENANJUNG;
Johor, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan Ribut petir di satu dua tempat.
Lain-lain tempat tiada hujan.
SABAH;
Semua Tempat tiada hujan.
SARAWAK;
Betong, Sarikei, Sri Aman Hujan di satu dua tempat.
Lain-lain tempat Ribut petir di satu dua tempat.
KEADAAN CUACA MALAM;
SEMENANJUNG;
Semua Tempat tiada hujan.
SABAH;
Semua Tempat tiada hujan.
SARAWAK;
Semua Tempat tiada hujan

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...