Thursday, 10 December 2015

VISI DAN MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH







VISI


PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA


MISI


Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara."



Fungsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan:

1. Merancang, menyelaras dan memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan         kepada Bahagian Pengurusan Sekolah dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
2. Mengurus, menyelaras dan memastikan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kecemerlangan (SK) menjadi penanda aras kecemerlangan pendidikan di dalam dan di luar Negara

3. Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia;
4. Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti dalam pengoperasian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan;
5. Merancang dasar autonomi terpimpin dan memastikan keakuran kepada terma kuasa autonomi terpimpin dalam aspek program yang dijalankan;
6. Memantau dan menilai pelaksanaan program-program pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan agar sejajar  dengan aspirasi yang terkandung dalam Wawasan 2020;
7. Merancang dan melaksanakan kolaborasi yang mantap dan berkualiti pelbagai agensi luar dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pendidikan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...