Monday 3 July 2017

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri

AssalamuAlaykum Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati, 

Bagi pihak PIBG, sukacita saya menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC yang akan dilangsungkan kira-kira pukul 12 tengahari pada hari Sabtu, 15 Julai 2017. 

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC akan diadakan selepas Majlis Mengambil Kad Laporan yang akan berlangsung pada pagi 15 Julai 2017 (juga di TKC).

Format Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC ialah juadah bawaaan (iaitu pot luck) di mana ibu bapa digalakkan untuk membawa juadah Aidilfitri agar ianya boleh dinikmati bersama-sama dengan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa lain. Tuan-tuan dan Puan-Puan boleh menyerahkan juadah Aidilfitri tersebut kepada petugas yang akan dikenal-pasti kelak sebelum/ ketika/ selepas menghadiri Majlis Mengambil Kad Laporan.

Untuk makluman, pihak PIBG akan menyediakan makanan asas untuk majlis ini seperti nasi goreng dan minuman panas.

Pelajar-pelajar pula dibenarkan memakai "Baju Hari Raya" ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, jika mereka mahu. Ibu bapa dan guru-guru juga digalakkan untuk memakai "Baju Hari Raya".

Adalah menjadi harapan PIBG agar ibu bapa dan guru-guru dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar untuk memeriahkan lagi suasana Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC.

Salam Syawal & Wassalam



Ahmad Zaki 
YDP PIBG TKC 

30 Jun 2017

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...