TARIKH :
6 MAC 2016
TEMPAT :
LOUNGE RUMAH MASING - MASING
TUJUAN :
TAMBAH NILAI ASRAMA UNTUK AAT ( ANUGERAH ASRAMA TERBILANG 2016 )- dari segi bantuan para ibubapa
TARGET :
ANUGERAH PLATINUM ( 95% MARKAH KE ATAS )
9.00 - 10.30 PAGI
- Kehadiran para Ibu Bapa, Ketua Guru Rumah dan Guru - Guru rumah
- Kata - Kata aluan dari Ketua Guru Rumah dan taklimat perjumpaan
- Perlantikan Jawatankuasa Rumah
* Pengerusi
* Naib Pengerusi
* Setiausaha
* Bendahari
* AJK
- KEBERSIHAN - 2 ORANG
- TEKNIKAL - Pembaikan dan Kerosakan rumah - 3 ORANG
- KECERIAAN - 3 ORANG
- KEWANGAN - 3 ORANG
- Majlis tamat
10.30 - 11.30 PAGI
- Semua Ibu Bapa perlu meninggalkan dorm dan block asrama.
- Lawatan, pemeriksaan dan penambahbaikan bagi kerosakan setiap rumah ( JIKA ADA )
- Para ibu bapa boleh mengetahui apa yang perlu dibawa pada, apa yang perlu dibaiki dengan
menghubungi Ketua Guru Rumah masing-masing.
MAKLUMAN KEPADA IBUBAPA SEMUA KEROSAKAN YANG HENDAK DIBAIKI ( JIKA ADA ) DAN TAMBAH BAIK BAGI ASRAMA DAN SEBAGAINYA PERLU DI SELESAIKAN PADA AKHIR MINGGU KE 4 BULAN MAC, KERANA SELEPAS ITU PARA PENILAI AAT
( ANUGERAH ASRAMA TERBILANG ) AKAN MENILAI ASRAMA , PARA IBU BAPA BOLEH MENGHUBUNGI PK HEM UNTUK PEMAKLUMAN JIKA PERLU MENYAMBUNG KERJA YANG BELUM DISIAPKAN )
11.30 - 12.00
- sessi jualan
12.30
- Kawasan jualan telah dikemaskan dan dibersihkan
12.30 - dan selepas waktu ini, para ibu bapa boleh membawa anak- anak ke kantin dan tempat -tempat lain yang di benarkan.
Pihak sekolah sangat mengharapkan agar peraturan yang telah ditetapkan dapat diikuti dengan sebaiknya- baiknya. Ini kerana ia dapat melancarkan majlis yang pertama kali diadakan dan kita berdoa semoga keihklasan dan sumbangan ini akan memberi kebaikan kepada para pelajar dan asrama akan berjaya menjulang AAT pada tahun ini. InsyaAllah.
Jualan Hari Asrama
10.00 - 12.00 tengahari
12.30 - tempat perlu dibersihkan
Untuk pengetahuan pihak Ibu Bapa TIADA POTLUCK akan dijalankan, namun begitu pihak sekolah berbesar hati untuk memberi kelonggaran kepada IBU BAPA untuk menjalankan penjualan makanan seperti : kek, dadih, air, trifle, buah potong, aksesori, baju bundle dan sebagainya.
( penjualan seperti nasi ayam, nasi lemak , makanan berat dan yang sewaktunya adalah TIDAK DIBENARKAN)
Penjualan barang mestilah dalam kadar harga yang tidak membebankan ibu bapa, guru dan para pelajar, ini kerana MISI utama penjualan adalah untuk mengutip dana kewangan bagi setiap rumah.
Semua penjualan haruslah dibungkus terlebih dahulu, ini adalah untuk memudahkan ibu bapa dan para pelajar supaya ia tidak mengotorkan kawasan tempat berniaga.
Pihak sekolah akan menyediakan tempat menjual di kawasan Gelanggang Bola Keranjang. Namun begitu setiap rumah harus bertanggungjawab untuk mengemas kembali tempat menjual tepat jam 12.30 tengahari.
SEKIAN TERIMA KASIH.