SOP OB, OH, OB Khas, Tatacara Keluar Masuk asrama

Standard Operation Procedure  OUTING BERMALAM & OUTING HARIAN
OUTING BERMALAM (mengikut takwim)
A.   WAKTU KELUAR KOLEJ
1.    Outing Bermalam wajib :  mulai jam 2.00 ptg
2.    Outing Bermalam tidak wajib : mulai jam 3.00 ptg
3.    Outing Bermalam sempena cuti Hari Raya Aidilfitri : mulai 12.00 tgh
TEMPAT MENJEMPUT ANAK (PICK UP POINT):
Semua Outing Bermalam : Ditepi Dewan Budiman
1.    Pelajar dikehendaki membawa beg/ luggage ke dewan dan disusun mengikut tingkatan

2.    Guru Bertugas akan berada di  lobi membantu melicinkan urusan dengan membuat pengumuman bila ibubapa sampai di lobi

B.   WAKTU MASUK SEMULA KE KOLEJ
Semua Outing Bermalam : mulai 10.00 pagi – 6.00 ptg

OUTING BERMALAM  KHAS (Dengan kebenaran Pengetua)
Waktu Keluar Kolej : 5.00 ptg – 6.00 ptg
Waktu Masuk Semula Ke Kolej : 10.00 pagi – 6.00 ptg

OUTING HARIAN (mengikut takwim)
Sabtu : ( 12.30 tgh -  6.00 petang)  atau  Ahad  (11.30 tgh – 6.00 petang)




TATACARA OUTING BERMALAM 

Sebulan sekali (mengikut takwim yang telah di ditetapkan)
1.     Ketua dorm mengumpulkan semua pas Keluar bersama Borang kuning yang telah dilengkapkan butirannya dan diletakkan di dalam bakul yang disediakan di Pejabat warden.
2.     Pas keluar dan Borang Kuning dihantar kepada Warden Blok untuk ditanda tangan sekurang-kurangnya dua hari sebelum OB
3.     Warden blok akan menyemak  semua butiran  di dalam pas keluar
·       Gambar pelajar
·       Nama Pelajar
·       Tarikh
·       Urusan
·       Alamat yang dituju
·       Cara keluar
·       Pembawa keluar
·       Perhubungan dengan keluarga
·       Bilangan Outing

dan Borang Kuning dilengkapkan dengan tepat

·       Nama Ibu bapa
·       Alamat
·       Nama Pelajar
·       Tingkatan
·       Dorm/Bilik
·       Rumah
·       Tarikh  dan masa keluar
·       Alamat OB
·       Nama Penjaga (jika diambil bukan ibu/bapa)
·       No kenderaan
·       Tandatangan ibubapa/penjaga

4.     Warden blok  menyemak butiran dan menurunkan tandatangan diruang yang disediakan pada Pas Keluar dan Borang kuning.
5.     Ketua dorm akan mendapatkan semula pas keluar yang telah ditandatangan oleh warden blok pada hari OB.
6.     Pelajar dibenarkan keluar selepas waktu persekolahan. (tertakluk kepada masa yang ditetapkan)
7.     Pelajar  mesti turun dari kenderaan dan menyerahkan pas keluar yang telah ditandatangan oleh warden   di pondok pengawal .
8.     Pelajar mesti mengambil semula pas keluar di pondok pengawal  bila balik dari Outing Bermalam.
9.     Pelajar yang balik lewat, pas keluar akan dibawa ke Pejabat warden oleh pengawal bertugas  dan dicop lewat oleh warden bertugas sekiranya tiada alasan munasabah


TATACARA OUTING BERMALAM  KHAS (DILUAR WAKTU YANG DIBENARKAN)


  1. Ibubapa/ penjaga dikehendaki menghantar surat permohonan rasmi kepada pengetua KTK seminggu awal  kecuali hal kecemasan.
  2. Surat Permohonan boleh di pos/ di fax / diemail kepada tkc@tkc.edu.my atau wardentkc2017@gmail.com
  3. Pelajar mesti berjumpa Pengetua/PKHEM/warden bertugas untuk menentukan samada diluluskan/ tidak
  4. PKHEM akan menyerahkan senarai pelajar yang diluluskan OB Khas  OH Khas kepada warden bertugas

TATACARA OUTING HARIAN


Sebulan sekali (mengikut takwim yang telah di ditetapkan)

1.     Pas keluar yang semua butiran telah dilengkapkan dengan tepat dihantar kepada warden bertugas hari berkenaan untuk ditanda tangan

2.     Pelajar menulis nama dalam buku Outing harian yang disediakan di bilik warden

3.     Pelajar Pelajar mesti turun dari kenderaan dan menyerahkan pas keluar yang telah ditandatangan oleh warden bertugas di pondok pengawal

4.     Pelajar mesti mengambil semula pas keluar di pondok pengawal  bila balik dari Outing harian

5.     Pelajar yang balik lewat, pas keluar akan dibawa ke Pejabat warden oleh pengawal bertugas  dan dicop lewat oleh warden bertugas sekiranya tiada alasan munasabah

6.     Pelajar yang balik lewat akan dikenakan demerit


Pastikan kasut hitam mengikut spesifikasi berikut:
       Bertumit rata (lebar) 1 inci hingga 1.5 inci
       Tiada hiasan pada bahagian atas atau tepiAntara jenama kasut yang bertumit rata adalah BATA, FOOTLINK, ROSSELLI, BnC,LAVIIN DAN HUSH PUPPIES.
      Kasut wedges dan bertapak rata tidak dibenarkan











 
 

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...