Sunday 6 December 2015

KEPUTUSAN PT3 2015

Esok bermulanya fasa baru kepada para pelajar yang berada di tingkatan 3. Kami warga Sistem Rumah mengucapkan selamat berjaya moga kesemua mereka memperolehi keputusan yang terbaik pada hari esok.

Tarikh mengambil keputusan PT3 : 14 Disember 2015
Hari : Isnin
Masa : 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari
Tempat : Dewan Budiman

Ingatan : Selepas jam 12.30 tengahari semua keputusan akan diletakkan dikaunter sekolah dan para pelajar boleh merujuk keputusan disitu.

Untuk semua pelajar sebelum beredar pastikan kamu mendapat fail yang merangkumi didalamnya adalah:

1. Keputusan PT3
2. PBS
3. PJSK
4. PSIKOMETRIK

Jangan lupa untuk menandatangani borang penerimaan keputusan selepas itu.

Jika ada mana - mana pelajar yang mahu menyemak semula keputusan boleh lah membawa wang pos sebanyak RM50.00 untuk satu subjek dan borang tersebut tersedia pada guru kelas masing-masing , subjek Geografi dan Sejarah tidak boleh disemak semula dan sila pulangkan borang tersebut kepada Cik NurHidayah pada hari jumaat minggu pertama sekolah.

Good Luck semua....Haaa jangan tak tido pulak malam ni....terima lah segala keputusan dengan hati yang lapang.

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...