SOP IBUBAPA MASUK KE KOLEJ BUKAN PADA WAKTU MELAWAT & BARANG2 YANG DIBENARKAN DITINGGALKAN DI PONDOK PENGAWAL


TATACARA IBUBAPA MASUK KE KOLEJ BUKAN PADA WAKTU MELAWAT

1.   Ibu bapa/ penjaga tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah/ asrama pada setiap masa kecuali pada waktu melawat.

2.   Bagi kes kecemasan, Ibubapa perlu menghubungi dan mendapat
kebenaran Pengetua. 

3.   Ibubapa/ Penjaga yang dibenarkan masuk perlu melengkapkan buku daftar di pondok pengawal

4.   Ibubapa/ Penjaga perlu mendapatkan slip pelawat daripada pengawal dan melaporkan diri di pejabat sekolah jika waktu persekolahan/ hari bekerja atau melaporkan kepada warden bertugas jika bukan  waktu persekolahan/ bukan hari bekerja

5.   Ibubapa/ Penjaga perlu menghantar semula slip yang telah dicop di pondok pengawal sebelum keluar dari kawasan kolej

6.   Kenderaan yang masuk ke dalam kawasan sekolah mesti mempunyai pelekat sekolah



Barang-barang keperluan yang dibenarkan ditinggalkan di Pondok pengawal  (sekiranya perlu)


1.   Pakaian / Kasut
2.   Barangan/ Peralatan sekolah

Barang-barang yang TIDAK dibenarkan ditinggalkan di Pondok pengawal 

1.   Makanan
2.   Minuman
3.   Duit

4.   Barang-Barang Berharga

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...