Institusi Bertaraf Dunia Beridentiti Malaysia
MISI KOLEJ TUNKU KURSHIAH
Melahirkan Insan Total Yang Menjadi Pemimpin Dan Pemain Global
Beridentiti Malaysia
MISSION STATEMENT (INTERNATIONAL BACCALAUREATE)
Kolej Tunku Kurshiah’s mission
is to develop holistic individuals who are
independent and highly intellectual by providing
a world- class education within a conducive learning environment,
in line with the National Education Philosophy.
We strive to nurture active and compassionate life-long learners
with exceptional leadership qualities and talents.
We aspire to instill international mindedness in preparing responsible members of
the international community who sustain local values and tradition.
Falsafah
Matlamat
Kolej Tunku Kurshiah mempunyai matlamat untuk memperkukuhkan iman dan ketaqwaan para pelajar demi ketenangan jiwa, kefahaman diri dan kesedaran tanggungjawab. Seterusnya berhasrat untuk mewujudkan individu yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, berhemah tinggi serta berfikiran kritis, inovatif, kreatif dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan mulia. Kolej Tunku Kurshiah juga ingin memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk berlumba-lumba mengejar kecemerlangan. Kolej Tunku Kurshiah juga bermatlamat untuk mempertingkatkan iklim sekolah ke arah suasana menyeronokkan dan harmonis demi mewujudkan masyarakat yang lebih komited dan sejahtera.
Falsafah
Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan dan pembudayaan kegigihan, ketahanan mental serta fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah usaha berterusan demi melahirkan ahli-ahli masyarakat yang unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan Negara.
Piagam Pelanggan
Barisan tenaga pengajar dan pekerja Kolej Tunku Kurshiah berjanji:
- Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkelulusan : SPM 100% pelajar lulus semua mata pelajaran; 100% lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah; 60% pelajar cemerlang dalam mata pelajaran elektif Sains dan Matematik; 30% pelajar cemerlang dengan gred A dalam semua mata pelajaran dan 10% pelajar cemerlang dengan gred A+ dalam semua mata pelajaran.
- Membentuk peribadi pelajar berasaskan keimanan dan ketakwaan.
- Menekankan tahap disiplin yang tinggi untuk amalan sepanjang hayat.
- Mewujudkan peluang yang meluas untuk perkembangan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum di semua peringkat.
- Melahirkan pemimpin dan ilmuan yang mantap bertaraf dunia melalui pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang berwibawa untuk semua pelajar.
- Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan melalui sekolah dan perkhidmatan penyayang untuk membentuk generasi Malaysia penyayang.