SOP PELAJAR SAKIT




PROSIDUR KERJA STANDARD PELAJAR SAKIT / BILIK SAKIT


A.    WAKTU PERSEKOLAHAN

1.  Isi butiran di Borang Kebenaran Masuk ke bilik sakit (Borang pink) dan dapatkan tandatangan warden bertugas / guru bertugas / PK HEM.

2.  Serah slip berkenaan kepada Penyelia Asrama.  Penyelia asrama mengambil dan mencatat suhu badan jika demam.

3.     Jika suhu badan melebihi 380C, atau kemalangan seperti patah atau asma akut  pelajar terus di bawa ke Klinik Kesihatan Kerajaan yang berhampiran dengan van Kolej diiringi Penyelia Asrama / Pembantu Operasi (jika ketiadaan Penyelia Asrama).

4.     Jika sakit lain yang tidak serius, pelajar mesti berada di bilik sakit dan akan di bawa ke klinik berhampiran pada 2.30 petang.

5.   Penyelia Asrama akan memastikan pelajar makan dan minum mengikut masa yang ditetapkan.

6.     Penyelia Asrama akan memeriksa keadaan pelajar setiap satu jam.

7.     Sekiranya pelajar sakit serius / berjangkit, pihak sekolah akan menghubungi ibubapa / penjaga untuk mengambil pelajar pulang ke rumah.


B.    BUKAN WAKTU PERSEKOLAHAN (Sabtu /Ahad / Cuti Umum)

1.     Pelajar melaporkan  kepada Warden Bertugas.

2.     Pelajar mesti berada di bilik sakit.

3.     Warden Bertugas akan bertindak mengikut Prosidur 3 – 7.

4.     Membawa pelajar dengan kenderaan sendiri ke klinik swasta berhampiran.





No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...