Sunday, 13 December 2015

KALENDAR TAKWIM DAN CUTI SEKOLAH 2016



Jadual Hari Kelepasan Am 2016 

(Persekutuan Dan Negeri )





Tarikh
Hari
Negeri
1 JanJumaatTahun Baru 2016Kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu
14 JanKhamisHari Keputeraan YDB Negeri SembilanNegeri Sembilan
17 JanAhadHari Keputeraan Sultan KedahKedah
24 JanAhadHari ThaipusamKuala Lumpur, Putrajaya, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor
1 FebIsninHari Wilayah PersekutuanKuala Lumpur, Labuan dan, Putrajaya
8 FebIsninTahun Baru CinaSeluruh negara
9 FebSelasaTahun Baru Cina (Hari Kedua)Kecuali Kelantan dan Terengganu
4 MacJumaatHari Ulang Tahun Pertabalan Sultan TerengganuTerengganu
23 MacRabuHari Keputeraan Sultan JohorJohor
25 MacJumaatGood FridaySabah dan Sarawak
15 AprJumaatHari Perisytiharan Melaka Bandaraya BersejarahMelaka
26 AprSelasaHari Keputeraan Sultan TerengganuTerengganu
1 MeiAhadHari PekerjaSeluruh negara
5 MeiKhamisIsrak dan MikrajKedah, Negeri Sembilan dan Perlis
7 MeiSabtuHari HolPahang
17 MeiSelasaHari Keputeraan Raja PerlisPerlis
21 MeiSabtuHari WesakSeluruh negara
30 & 31 MeiIsnin & SelasaPesta Kaamatan (Pesta Menuai)Sabah dan Labuan
1 & 2 Jun Rabu & KhamisPerayaan Hari Gawai DayakSarawak
4 JunSabtuHari Keputeraan YDP AgongSeluruh negara
6 JunIsninAwal RamadanJohor, Kedah dan Melaka
22 Jun RabuHari Nuzul Al-QuranKuala Lumpur, Labuan, Putrajaya, Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu
6 & 7 JulRabu & KhamisHari Raya PuasaSeluruh negara
7 JulKhamisHari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan DuniaPulau Pinang
9 Jul SabtuHari Jadi YDP Pulau PinangPulau Pinang
31 OgoRabuHari KebangsaanSeluruh negara
10 Sep SabtuHari Jadi YDP SarawakSarawak
12 SepIsninHari Raya QurbanSeluruh negara
13 SepSelasaHari Raya Qurban (Hari Kedua)Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu
16 SepJumaatHari MalaysiaSeluruh negara
1 OktSabtuHari Jadi YDP SabahSabah
2 OktAhadAwal Muharram (Maal Hijrah)Seluruh negara
14 OktJumaatHari Jadi YDP MelakaMelaka
24 OktIsninHari Keputeraan Sultan PahangPahang
29 OktSabtuHari DeepavaliKecuali Sarawak
6 NovAhadHari Hol Almarhum Sultan IskandarJohor
11 & 12 NovJumaat & SabtuHari Keputeraan Sultan KelantanKelantan
27 NovAhadHari Keputeraan Sultan PerakPerak
11 DisAhadHari Keputeraan Sultan SelangorSelangor
12 DisIsninHari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)Seluruh negara
25 DisAhadHari KrismasSeluruh negara
Untuk download fail pdf Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan Dan Negeri 2016, sila layari laman web rasmi Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri.








Thursday, 10 December 2015

VISI DAN MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH







VISI


PENERAJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA


MISI


Menggerak dan Memastikan Perkhidmatan Profesionalisme dan Pengurusan Pendidikan Bertaraf Dunia Bagi Memenuhi Aspirasi Negara


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan bangsa Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara."



Fungsi Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan:

1. Merancang, menyelaras dan memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang dipertanggungjawabkan         kepada Bahagian Pengurusan Sekolah dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) dilaksanakan bertepatan serta selaras dengan Dasar dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
2. Mengurus, menyelaras dan memastikan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Kecemerlangan (SK) menjadi penanda aras kecemerlangan pendidikan di dalam dan di luar Negara

3. Merancang, mengurus dan mengawal sumber dengan sempurna bagi memastikan pengurusan pendidikan berkualiti dan bertaraf dunia;
4. Merancang peningkatan inovasi dan kreativiti dalam pengoperasian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan;
5. Merancang dasar autonomi terpimpin dan memastikan keakuran kepada terma kuasa autonomi terpimpin dalam aspek program yang dijalankan;
6. Memantau dan menilai pelaksanaan program-program pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan agar sejajar  dengan aspirasi yang terkandung dalam Wawasan 2020;
7. Merancang dan melaksanakan kolaborasi yang mantap dan berkualiti pelbagai agensi luar dalam pelaksanaan program dan aktiviti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Wednesday, 9 December 2015

VISI DAN MISI KOLEJ TUNKU KURSHIAH







VISI KOLEJ TUNKU KURSHIAH

Institusi Bertaraf Dunia Beridentiti Malaysia

MISI KOLEJ TUNKU KURSHIAH

Melahirkan Insan Total Yang Menjadi Pemimpin Dan Pemain Global
Beridentiti Malaysia




MISSION STATEMENT (INTERNATIONAL BACCALAUREATE)

Kolej Tunku Kurshiah’s mission 
is to develop holistic individuals who are
independent and highly intellectual by providing 
a world- class education within a conducive learning environment, 
in line with the National Education Philosophy.
We strive to nurture active and compassionate life-long learners 
with exceptional leadership qualities and talents.
We aspire to instill international mindedness in preparing responsible members of
the international community who sustain local values and tradition.





Matlamat
Kolej Tunku Kurshiah mempunyai matlamat untuk memperkukuhkan iman dan ketaqwaan para pelajar demi ketenangan jiwa, kefahaman diri dan kesedaran tanggungjawab. Seterusnya berhasrat untuk mewujudkan individu yang berilmu pengetahuan, berdisiplin, berhemah tinggi serta berfikiran kritis, inovatif, kreatif dan mempunyai ciri-ciri  kepimpinan mulia. Kolej Tunku Kurshiah juga ingin memastikan pelajar-pelajarnya sentiasa bermotivasi dan bersemangat untuk berlumba-lumba mengejar kecemerlangan. Kolej Tunku Kurshiah juga bermatlamat untuk mempertingkatkan iklim sekolah ke arah suasana menyeronokkan dan harmonis demi mewujudkan masyarakat yang lebih komited dan sejahtera.

Falsafah
Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang sedar bahawa pencapaian kecemerlangan dan pembudayaan kegigihan, ketahanan mental serta fizikal, kemuliaan rohani dan penghayatan nilai-nilai murni adalah usaha berterusan demi melahirkan ahli-ahli masyarakat yang unggul yang bakal menangani masa depan bangsa dan Negara.


Piagam Pelanggan
Barisan tenaga pengajar dan pekerja Kolej Tunku Kurshiah berjanji:
  • Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkelulusan : SPM 100% pelajar lulus semua mata pelajaran; 100% lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan Sejarah; 60% pelajar cemerlang dalam mata pelajaran elektif Sains dan Matematik; 30% pelajar cemerlang dengan gred A dalam semua mata pelajaran dan 10% pelajar cemerlang dengan gred A+ dalam semua mata pelajaran.
  • Membentuk peribadi pelajar berasaskan keimanan dan ketakwaan.
  • Menekankan tahap disiplin yang tinggi untuk amalan sepanjang hayat.
  • Mewujudkan peluang yang meluas untuk perkembangan bakat dan potensi pelajar dalam bidang kokurikulum di semua peringkat.
  • Melahirkan pemimpin dan ilmuan yang mantap bertaraf dunia melalui pembentukan sahsiah dan kepimpinan yang berwibawa untuk semua pelajar.
  • Mewujudkan iklim sekolah yang menyeronokkan melalui sekolah dan perkhidmatan penyayang untuk membentuk generasi Malaysia penyayang.




MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...