Saturday, 2 January 2016

SEJARAH KOLEJ TUNKU KURSHIAH







SEJARAH SEKOLAH


Penubuhan Kolej Tunku Kurshiah (yang pada mulanya dikenali sebagai Maktab Perempuan Melayu) telah disyorkan oleh Yang Berbahagia Dato Sheikh Ahmad  Al-Haj bin Sheikh Mustapha, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Persekutuan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan pada 13 Jun 1939. Pada suatu Mesyuarat Raja-Raja bagi Negeri-Negeri Bersekutu (Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang) DYMM Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Alaidin Sulaiman Shah, D.M.N., D.K. (Brunei) K.C.M.G., juga telah mencadangkan supaya sebuah sekolah menengah Inggeris berasrama penuh untuk pelajar-pelajar perempuan Melayu ditubuhkan selaras dan setaraf dengan Maktab Melayu di Kuala Kangsar. Cadangan ini disokong oleh DYMM Sultan Perak, Paduka Sri Sultan Sir Abdul Aziz Al-Muktassim Billahi-Shah Almarhum Nikmatullah, ibni Almarhum Raja Muda Musa Al-Muktaram Shah, K.C.M.G., K.B.E., dan dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat.


Tujuan asal menubuhkan Maktab Perempuan Melayu adalah untuk memberi pendidikan yang menyeluruh kepada anak-anak raja dan pembesar-pembesar Melayu di Negeri-Negeri Bersekutu sebagai melengkapkan mereka menjadi isteri kepada raja-raja dan pembesar-pembesar negeri pada masa hadapan. DYMM Sultan Selangor mencadangkan sekolah itu dibina di Negeri Selangor. Pada mulanya maktab yang dicadangkan ini hanya untuk enam belas orang anak perempuan pembesar-pembesar Melayu dari empat buah negeri-negeri bersekutu sahaja. Bangunan Gracelyn di Batu 21/2 Jalan Ipoh, Kuala Lumpur diubahsuai dan pembukaannya dirancang pada bulan Januari 1942.


Pada tahun 1941, apabila berlaku Perang Dunia kedua, segala usaha terpaksa ditunda sehingga tamat peperangan. Pihak kerajaan kemudian memutuskan untuk mengambil pelajar daripada semua negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) dengan memberi kelonggaran kepada tujuan asal penubuhan maktab. Sebuah bangunan lain iaitu asrama Maktab Teknik di Batu 2 ½ Jalan Damansara, Kuala Lumpur telah diubahsuai dan Maktab Perempuan Melayu dibuka kepada 40 orang penuntut pertama pada 16 haribulan Oktober 1947.


Pada bulan April 1962, seramai 150 orang pelajar Maktab Perempuan Melayu berhijrah ke bangunan kolej yang baharu di Bukit Merbah, Jalan Tunku Kurshiah, Seremban. Sekolah baharu ini dikenali dengan nama Kolej Tunku Kurshiah, menjunjung nama Y.M.M. Tunku Puan Besar Kurshiah, Raja Permaisuri Agong yang pertama. Bilangan pelajar telah dipertingkatkan kepada 400 orang.


Dasar kemasukan pelajar melalui berbagai-bagai perubahan dan sebagai kemajuan pada tahun 1967, Kolej memulakan kelas Tingkatan 6 Sastera. Dua tahun kemudian status Kolej dipertingkatkan ke taraf sekolah menengah tingggi dan Kolej tidak lagi mengambil masuk pelajar ke Tingkatan 1, tetapi menumpukan perhatian kepada pengambilan masuk pelajar terus ke Tingkatan 4 dan 6 sahaja. Pada tahun 1972, Kolej kembali kepada dasar lama dan pelajar diterima masuk ke Tingkatan 1 dan pada tahun itu Kolej mempunyai kelas Tingkatan 1, 4, 5 dan 6 Sastera dan Sains. Kelas A-level yang menggantikan kelas Tingkatan 6 pada tahun 1986 hanya kekal hingga tahun 1988 apabila pelajar lepasan SPM mendapat tawaran ke kelas matrikulasi di universiti atau ke Tingkatan 6 di sekolah lain.


Kronologi Enrolmen
Pada 16 Oktober 1947, 41 orang pelajar perempuan diterima masuk ke  tingkatan 1 dan  3 berdasarkan keputusan “Entrance Examination.
     
1967 - Pengambilan pelajar ke Tingkatan Enam Sastera dimulakan

1969 - Pengambilan pelajar ke Tingkatan Enam Sains dimulakan
Pengambilan pelajar  tingkatan 1 dihentikan

1972 - Pengambilan pelajar ke Tingkatan 1

1986 -  Kursus A-Level  dimulakan

1988 - Kursus A-Level dihentikan,
       Tambahan 1 kelas Sains Sosial Tingkatan 4 dimulakan

1997 -  Kelas Sains Sosial Tingkatan 4 dihentikan

2013 -  Tambahan 1 kelas Tingkatan 1,
Tambahan 2 kelas Tingkatan 4

2014  - Tambahan 1 kelas Tingkatan 2

2015 - Tambahan 1 kelas Tingkatan 3


Kini pengambilan pelajar Tingkatan 1 berdasarkan pencapaian 5A dalam peperiksaan UPSR serta penampilan perwatakan, daya kepimpinan, penglibatan dalam ko-kurikulum serta aktiviti kemasyarakatan di luar sekolah.


Pada tahun 2013, Kolej Tunku Kurshiah berpindah ke Bandar Enstek. The International Baccalaureate Middle Years Programme (MYPIB) diperkenalkan dan Kolej Tunku Kurshiah telah diberi status sebagai Candidate School. The International Baccalaureate Diploma Programme (IBDP)  untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijangka bermula pada tahun 2016.


Di samping menjadi salah sebuah Sekolah Berasrama Penuh, Kolej Tunku  Kurshiah telah diiktiraf sebagai Sekolah Bestari, Sekolah Kluster Kecemerlangan, Sekolah Berprestasi Tinggi, Sekolah Berkecemerlangan Global dan Sekolah Amanah. Kolej Tunku Kurshiah juga telah terpilih sebagai sekolah yang menjalankan program TIMSS dan PISA.


8. LENCANA SEKOLAH



Lencana sekolah telah mula diguna pada tahun 1963.
Warna hijau yang menjadi latarbelakang lencana membawa maksud pelajar-pelajarnya semua beragama Islam dan sentiasa segar dan cergas.
Bendera Malaysia di bahagian atas bermaksud ia merangkumi negeri-negeri di Malaysia dan menunjukkan bahawa pelajar-pelajar datang dari semua negeri di Malaysia  termasuk Sabah dan Sarawak.
Lambang buku membawa maksud buku sebagai gedung / sumber ilmu pengetahuan.
Di bahagian bawah pula ada cogankata yang tertera Rajin dan Usaha Tangga Kemajuan.

9.  LAGU KOLEJ


Gubahan Jimmy Boyle


Kolej Tunku Kurshiah,
Kolej ulung di negara Malaysia,
Kami pelajar bersumpah,
Akan teguh patuh memeliharanya
Kolej Tunku Kurshiah,
Kolej mulia berjasa,
Moga-moga tuhan memberi rahmatnya,
Sentosa Kolej Tunku Kurshiah.


TARIKH OB BERMALAM DAN OUTING HARIAN 2016



2.             OUTING BERMALAM DAN OUTING HARIAN 2016

Bil
Perkara
OUTING BERMALAM
Outing Harian
Catatan
1
THAIPUSAM
24 JAN 2016

22 - 25 Jan  2016
Jumaat ptg –Isnin  ptg


2
Cuti Tahun Baru  Cina
8-9 Feb 2016
Cuti Perayaan
10 – 12 Feb 2016
5 -14 Febuari 2016

   Jumaat ptg – Ahad  ptg
27 Feb 2016
Atau
28 Feb 2016

3
Cuti Pertengahan Penggal 1
12-20 Mac 2016
11 – 20 Mac 2016
Jumaat ptg – Ahad ptg


4
OUTING BERMALAM
15 – 17 April 2016
Jumaat ptg – Ahad ptg
2 April 2016
Atau
3 April 2016

5
 Hari pekerja
1 Mei 2016
29 April – 2 Mei 2016
Jumaat ptg – Isnin ptg
14 Mei 2016
Atau
15 Mei 2016

6
Cuti Pertengahan Tahun 2016
28 Mei – 12 Jun 2016
27 Mei – 12 Jun 2016
Jumaat ptg- Ahad ptg


7
Cuti Perayaan
4 – 5 Julai 2016

CUTI IDILFITRI
6-7 Julai 2016

Cuti Perayaan
8 Julai 2016
1- 10 Julai 2016
(Jumaat ptg – Ahad ptg


8
OUTING BERMALAM
12-14 Ogos 2016
(Jumaat ptg – Ahad ptg

27 Ogos 2016
Atau
28 Ogos 2016

9
Cuti Pertengahan Penggal 2
10 -18 Sept 2016
Cuti Hari Raya Idil Adha
12 Sept 2016
HARI Malaysia
16 Sep  2016
9– 18 September 2016
Jumaat ptg -  Ahad ptg


10
AWAL MUHARRAM
2 Okt 2016
30 Sept – 3 Okt 2016
Jumaat ptg -  Isnin ptg
15 Okt 2016
Atau
16 Okt 2016

11
Cuti Perayaan
28 Okt 2016
DEEPAVALI
29 Okt 2016
Cuti perayaan
31 Okt - 1 Nov 2016
27 Okt – 1 Nov 2016
(Khamis ptg – Selasa ptg)


12
Cuti Akhir tahun
25 Nov 2016 – 4 Jan 2017                                      
Jumaat ptg –  Ahad  ptg







Thursday, 17 December 2015

AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI BADAN PENGAWAS SESI 2015/2016



JAWATAN
NAMA
KELAS
KETUA PELAJAR
Nur Iman Wahidah Ruslan
4T
PENOLONG KETUA PELAJAR 1
Fadhilatun Farihin Izhar Abadi
4N
PENOLONG KETUA PELAJAR 2
Alya Batrisyia Roslee
4T



SETIAUSAHA
Anis Nur Athirah Ahmad Sukari
4T



BENDAHARI
Iylia Natasha Azizi
4C



KETUA SUKAN
Puteri Qistina Ab Ghaffar
4K



KETUA RUMAH SUKAN
MAHSURI
Siti Sarah Aisyah Jafri Malin
4K
SELENDANG DELIMA
Farah Nadiah Abdul Halim
4K
SITI ZAWIYAH
Nur Hazwani Mahadi
4T
TUN FATIMAH
Alia Qamelia Mohd Zuber
4T





KETUA PELAJAR

PEN KETUA PELAJAR 1

PEN.KETUA PELAJAR 2
KETUA SUKAN SEKOLAH 

KETUA RUMAH SITI ZAWIYAH

KETUA RUMAH MAHSURI

KETUA RUMAH SELINDANG DELIMA

KETUA RUMAH TUN FATIMAH
















Sunday, 13 December 2015

Perisian Percuma Microsoft Office 365 Education Untuk Guru dan Pelajar




Chat Conversation End
Kepada semua warga Guru- guru dan murid seluruh Malaysia terutamanya Warga Kolej Tunku Kurshiah yang memerlukan software original Microsoft Office 2016 terbaru (Word, Excel, Powerpoint, etc) dengan percuma boleh download menggunakan ID Yes Bestarinet masing- masing.

Selain itu, anda akan dapat 1TB OneDrive (sama mcm Dropbox) dengan percuma.

Perisian Office 2016 untuk PC, Mac, Android dan Apple iOS. 1 akaun dapat guna untuk 5 devices sekali gus.

step 1 : buka link ni https://products.office.com/EN-MY/student/office-in-education?tab=teachers
step 2 : tekan student atau teacher
step 3 : masukkan emel yes student atau teacher
step 4 : bukak emel yes tu, verify

(Email Yes boleh dibuka di https://hopin.frogasia.com/app/me dan klik pada yesMail di tab bahagian kiri) 
step 5 : download office 365 tu free, dan boleh guna one drive 1tb free. 
Pakej ini jika di luar bernilai RM 29.90 sebulan, tapi kerajaan sediakan utk SEMUA GURU dan MURID tanpa apa- apa BAYARAN dan PERCUMA. Rugi kalau kita tak manfaatkan. Kerajaan dah belanja banyak untuk perisian- perisian original seperti ini untuk memudahkan kerja kita semua.

Tolong sebarkan mesej ini kepada semua warga pendidik diseluruh negara.
Office
Office in Education, for Students, Teachers & Schools
Office 365 Education is a free plan for students, teachers and schools that provides collaboration tools.

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...