Friday, 23 June 2017

Majlis Sumbangan Duit Raya OGA

Aktiviti :Majlis Sumbangan Duit Raya OGA
Tarikh :21/6/2017
Masa :10.30pg - 12.00 tgh hr
Sasaran :Semua pelajar projek khas tingkatan 1 hingga 5

Guru : Bonda, Pn. Romas, Pn. Nina dan Pn. Hurul Ain, Wakil-wakil OGA.








MAJLIS PERSARAAN ENCIK RUSLI DUAJI

Majlis Send Off En Rusli Bin Duaji Pembantu Awam N11
Tarikh : 20 Jun 2017 (Selasa)

Berkhidmat 39 tahun di TKC semenjak penempatan pertama 2 Ogos 1978. Sungguh lama Encik Rusli menabur bakti di KTK. Semoga Allah membalas segala jasa dan kebaikan Encik Rusli...amin












Program Sentuhan Kasih T5 Zyva

Program Sentuhan Kasih T5 Zyva
Tarikh 16 Jun 2017
Masa 740 pagi

Tempat Dewan Budiman

semoga SPM TERBAIK menjadi milik ZYVA 2017...amin







MAJLIS PRSARAAN KAK LEHA

MAJLIS "SEND-OFF" PERSARAAN
Tarikh: 13 Jun 2017
Masa: 145 tgh
Tempat: Pejabat dan Lobi TKC

Staf yang dirai:

Pn Zaleha Bt Abd. Rahim (Kak Leha) setelah berkhidmat 32 tahun di TKC semenjak penempatan pertama 6 Mei 1985.

Sistem Rumah mengucapkan selamat bersara kepada Puan Zaleha...semoga memperolehi kebahagiaan bersama anak cucu di luar sana.










Wednesday, 21 June 2017

Assalamualaikum, FYI
Maklumat berkaitan pergerakan pelajar pd hari khamis 22 Jun.

6.50 am Pelajar bergerak ke Dewan Budiman dgn membawa luggage  masing2. Pelajar yg balik hari jumaat bawa luggage ke lounge SD.

7.30 am pelajar membersihkan & mengemas kelas

8.30 am Majlis Khatam Quran bermula

12.30 Kenderaan ibu bapa dibenarkan masuk ke Kolej.

Semua pelajar digalakkan membawa pulang satu beg bersaiz sederhana shj. Pelajar perlu bijak merancang membawa pakaian & keperluan yg penting shj. Laluan di dewan akan dibuat satu aliran shj, one way utk mengelakkan kesesakan. Mohon kerjasama ibu bapa utk tidak parking kereta semasa mengambil anak, hanya perlu berhenti sebentar sebelum anak masuk ke dlm kereta.

Kerete akan masuk melalui foyer, parents beritau nama ank pd guru in charge, guru buat pengumuman utk anak bersedia, kereta bergerak terus ke bhg tepi dewan utk ambil ank.

Ambik anak dicheckpoint yg ditetapkan ( ikut tingkatan di tepi luar dewan)
Bukan dilobi.

Semoga semuanya berjalan lancar. Sabar adalah separuh dari IMAN. Semoga selamat sampai di kampung dan selamat kembali ke sekolah semula.


Sunday, 18 June 2017

JADUAL MINGGU INI

Pengumuman:

1. T1, 2, 4 & 5 akan mengemas kelas pada Khamis 22 Jun mulai jam 730-825 pagi dibawah pengawasan guru kelas dan menutup / mengunci kelas mereka sebelum ke Majlis Khatam AlQuran. Semua pelajar dilarang ke kelas semula selepas majlis.

2. Kelas T3 akan dikemas pada sesi petang dan malam hari Rabu dan pelajar T3 tidak dibenarkan masuk ke kelas lagi.Semakan kelas oleh guru tingkatan / penyelaras tingkatan pada pagi Khamis.

3. Taklimat kerja kursus PT3 Geografi akan diadakan di makmal Fizik pada hari Khamis jam 715-815 melibatkan semua pelajar T3.Selepas taklimat, pelajar akan ke Majlis Khatam AlQuran.

4.Semua pelajar  Yayasan Sabah dan Sarawak sila brjumpa dgn Puanj Hurul Ain di bilik kaunseing pd waktu rehat..

5. Semua pelajar projek khas tingkatan 4, sila berjumpa pn.nina di bilik kaunseling semasa rehat.

6. Pada hari rabu akan diadakan majlis sumbangan duit raya untuk pelajar projek khas di dewan budiman pada jam 10.30pg. Semua pelajar projek khas tingkatan 1 hingga 5 diwajibkan hadir.

7. Pada hari khamis akan diadakan majlis khatam al-Quran di Dewan Budiman mulai jam 8.30 pg - 12.00 tghr

8.ceramah sempena akhir ramadan dan adab2 menyambut eidul fitri oleh daie hazman daie musim ke 4 jam 10.00 pg-12 tghr

9. Ujian PISA tg 3E dan 3N ~ selepas perhimpunan  terus pergi ke makmal komputer 1 dan 2 dgn segera.ujian mula 8.10 pagi

10. Pelajar- pelajar dan guru-guru sudah mula boleh mencalonkan calon bagi pengawas percubaan tahun 2017. Pelaja2 dan guru2 yang ingin mencalonkan pelajar yang layak atau mana2 pelajar yng ingin mencalonkan diri sendiri boleh mendapatkan borang pencalonan melalui guru2 pengawas. Syarat2 adalah: bagi menengah rendah, purata cgpa adalah 3.5 dan keatas manakala bagi menengah atas adalah 3.0 dan keatas dan mereka tidak ada mempunyai kes disiplin.pelajar2 yang boleh dicalonkan hanyalah dikalangan pelajar2 tingkatan 2, 3 dan 4. Pencalonan pengawas percubaan adalah mengikut rumah masing2. Tarikh tutup pencalonan adalah pada 21 june 2017 ( rabu) sebelum jam 2.40 petang. Borang yg lengkap perlu diserahkan kpd mana2 guru2 pengawas.  Borang yang tidak lengkap dan penghantaran lewat selepas jam 2.40 pd hari rabu tidak akan dilayan.

Warden bertugas:

1) pn ummi hazifah
2) cik noor hafizah


Tuan/ puan

Mohon ibubapa utk ambil tindakan berikut
1. download borang ini ( borang kelulusan ibu bapa )
2.Print diatas kertas warna kuning
3. Tandatangan ibu/ bapa/ penjaga dalam ruangan yang disediakan
4. Serahkan kepada untuk kegunaan pelajar sebelum pelajar outing bermalam akan datang

Terima kasih diatas kerjasama tuan/ puan

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...