Perkara : Program Together We Strive & Sambutan Aidilfitri KTK 2017
Tarikh : 15 Julai 2017, Sabtu
Sunday, 16 July 2017
Monday, 10 July 2017
AL FATIHAH
Sesungguhnya pihak SR TKC menzahirkan rasa dukacita yang teramat sangat diatas pemergian seorang staff Sistem Rumah Mahsuri yang telah berkhidmat selama berpuluh tahun di Kolej. Allahyarhamah Puan Rafiah telah meninggalkan kita semua tanggal 7 Julai 2017 selepas mahgrib. Sesungguhnya dari Dia kita datang dan dari Dia juga kita kembali. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarhamah Makcik Piah, seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan rajin dalam menjalankan kerja yang diamanahkan. Semoga arwah diletakkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin
Wednesday, 5 July 2017
PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK 2017
NAMA AKTIVITI : PROGRAM
’Together We Strive’ 2017
Tingkatan 1, 2, 3, 4
& 5
Tarikh : 15
Julai 2017 (Sabtu)
Tempat : Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah.
Objektif :
1. Penyerahan Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2017
2. Penyerahan
Laporan Sahsiah (Yang Berkaitan Sahaja)
3. Perbincangan
Bersama Guru Akademik/ Kaunselor/ Guru Disiplin
Waktu :
7.30 pagi - Pendaftaran/
Penyerahan Slip Keputusan Peperiksaan
8.00 pagi- 12.00 tengah hari - Sesi Perbincangan
12.00 tengah hari - Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Monday, 3 July 2017
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
AssalamuAlaykum Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati,
Bagi pihak PIBG, sukacita saya menjemput Tuan-tuan dan Puan-puan ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC yang akan dilangsungkan kira-kira pukul 12 tengahari pada hari Sabtu, 15 Julai 2017.
Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC akan diadakan selepas Majlis Mengambil Kad Laporan yang akan berlangsung pada pagi 15 Julai 2017 (juga di TKC).
Format Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC ialah juadah bawaaan (iaitu pot luck) di mana ibu bapa digalakkan untuk membawa juadah Aidilfitri agar ianya boleh dinikmati bersama-sama dengan pelajar-pelajar, guru-guru dan ibu bapa lain. Tuan-tuan dan Puan-Puan boleh menyerahkan juadah Aidilfitri tersebut kepada petugas yang akan dikenal-pasti kelak sebelum/ ketika/ selepas menghadiri Majlis Mengambil Kad Laporan.
Untuk makluman, pihak PIBG akan menyediakan makanan asas untuk majlis ini seperti nasi goreng dan minuman panas.
Pelajar-pelajar pula dibenarkan memakai "Baju Hari Raya" ke Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri, jika mereka mahu. Ibu bapa dan guru-guru juga digalakkan untuk memakai "Baju Hari Raya".
Adalah menjadi harapan PIBG agar ibu bapa dan guru-guru dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar untuk memeriahkan lagi suasana Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri TKC.
Salam Syawal & Wassalam
Ahmad Zaki
YDP PIBG TKC
30 Jun 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)
MAKLUMAN
Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...
-
JAWATAN NAMA KELAS KETUA PELAJAR Nur Iman Wahidah Ruslan 4T PENOLONG KETUA PELAJAR 1 Fadhilatun Farihin Izhar Abadi ...
-
S EJARAH SEKOLAH Penubuhan Kolej Tunku Kurshiah (yang pada mulanya dikenali sebagai Maktab Perempuan Melayu) telah disyorkan ol...
-
MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN SATU(FRESHIES 1620) KOLEJ TUNKU KURSHIAH Pada hari Rabu yang lepas bersamaan 6 Januarai ...

























































