Saturday, 19 March 2016

TIPS JAGA KESIHATAN KETIKA MUSIM PANAS MELAMPAU


Kita sedia maklum, sudah beberapa hari Malaysia di landa cuaca panas dan suhu yang agak tinggi. Keadaan ini diramalkan akan berterusan utk jangka tempoh beberapa hari lagi.

Kita mungkin sudah terbiasa dengan cuaca panas dan kadar humiditi yang tinggi
Namun, dalam pada kita rasa 'terbiasa', sebenarnya ada perkara yang kita mungkin terlepas pandang

Panas yang melampau boleh menyebabkan kematian!




Hari ni saya nak sertakan beberapa tips utk menjaga kesihatan kita sewaktu cuaca dan musim panas sebegini. Antara kandungan info ini di ambil daripada web rasmiMyHEALTH di bawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia


 Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas banyak. Antaranya:
  • Keletihan/kelesuan disebabkan cuaca panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan sebab panas (heat syncope)
  • Kekejangan kerana panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan disebabkan cuaca panas (heat exhaustion)
  • Strok kesan dari panas (heat stroke)

Gejala-gejala biasa yang berlaku akibat panas adalah:

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah
  • Dehidrasi (kekeringan)
  • Kekeliruan
  • Koma (tidak sedarkan diri).

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku?

  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati


Tips penting utk menjaga kesihatan sewaktu musim panas:

  • Minum dengan banyak, jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh. Utk miniman isotonik tanpa gas dan gula berlebihan, saya syorkan anda mencuba Performance Drink. Selain semulajadi, Performance Drink membantu mengawal paras bendalir didalam badan kita supaya tidak terlalu kering dan tidak pula terlalu banyak
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
  • Jangan minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.   
  • Jangan bersenam dalam cuaca panas

No comments:

Post a Comment

MAKLUMAN

Salam.mohon maaf atas kesulitan.memandangkan pelajar T2 akan OB pada hari rabu,house meeting akan dijalankan pada hari selasa,16 April 2019,...